Syariat,Tarikat,Hakikat dan Makrifat

Wednesday, July 3, 2013
Kalau Tuhan tidak 'wujud' di dalam ibadah, lama kelamaan,  Tuhan akan bertambah jauh dan bertambah jauh. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah untuk dipuji, untuk disanjung, dan kerana sebab-sebab  lain yang berbentuk duniawi. Sudah tentulah ia tidak akan ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya beserta dengan laknat-Nya sekali. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada “progression”nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia bermula dengan Syariat, kemudian dengan Tariqat, diikuti pula dengan Hakikat dan diakhiri dengan Makrifat.

1. Syariat.

Ini adalah ilmu. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam dan kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

2. Tariqat.

Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan secara istiqamah dan bersungguh-sungguh, difahami, dihayati. Ilmu [syariat] yang ada perlu dilaksanakan. Pengamalan ilmu ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan setengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi [syariat] hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

3.Hakikat.

Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah.

Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar, maqam redha, maqam tawakkal, maqam tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja [sebiji buah sahaja] atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam berbeza dari satu pokok yang sama.

Hakikat juga adalah satu perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan bersungguh-sungguh, istiqamah, faham dan dihayati.

4. Makrifat.

Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia-Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al Arifbillah.

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan yang batin.

Syariat dan tariqat itu terletak dalam kawasan lahir.

Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke alam batin iaitu ke dalam hati dan rohani.

Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah untuk dicapai kerana ia hanya melibatkan usaha lahir. Tetapi untuk mencapai peringkat hakikat dan makrifat, ia agak lebih sukar dan lebih rumit.

Kesukaran ini ialah kerana pertama, ia memerlukan istiqamah dalam beramal dan kedua kerana ia memerlukan juga amalan batin atau amalan hati atau apa yang dinamakan hikmah. Amalan yang berhikmah ialah amalan yang dihayati dan dijiwai, yang mempunyai roh dan rasa-rasa. Tanpa kedua-dua perkara ini iaitu istiqamah dan hikmah, tariqat tidak akan dapat melonjak ke peringkat hakikat dan seterusnya ke peringkat makrifat.

Itu sebabnya ramai orang yang berjaya sampai ke peringkat tariqat iaitu boleh berilmu dan beramal tetapi tersekat di situ sampai ke tua tanpa dapat meningkat ke peringkat hakikat. Sudah beramal selama 50 hingga 60 tahun tetapi tidak juga lahir akhlak dan tidak juga dapat mencapai maqam-maqam mahmudah. Dalam ertikata yang lain, mereka sudah beribadah berpuluh-puluh tahun tetapi ibadah mereka belum menghasilkan buah iaitu akhlak.

Istiqamah. 

Ini adalah salah satu syarat atau tuntutan untuk mencapai hakikat. Istiqamah ialah tetap dalam beramal. Amalan pula adalah amalan lahir dan ada amalan batin atau hati. Istiqamah itu perlu dalam amalan lahir mahupun amalan batin. Malahan istiqamah dalam amalan batin lebih dituntut.

Istiqamah dalam amalan lahir agak mudah. Ramai orang yang istiqamah dalam sembahyang, dalam berpuasa, dalam berzakat dan sebagainya. Ramai yang tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa. Tetapi istiqamah dalam amalan batin adalah lebih sukar dan rumit. Istiqamah dalam amalan batin ini ramai yang tidak mampu melakukannya walaupun sudah istiqamah dalam amalan lahir.

Ramai orang cuba sabar tapi tidak istiqamah dalam sabar. Duit hilang boleh sabar. Sakit dan demam boleh sabar. Tapi bila orang kata nista dan menghina, tidak sabar. Bila isteri buat hal, tidak sabar.

Ramai orang boleh bersyukur. Dapat duit bersyukur, dapat pangkat bersyukur, dapat anak pun bersyukur tapi tidak mampu bersyukur bila dapat berbuat ibadah dan kebaikan, dan bila terhindar dari berbuat maksiat dan kejahatan.

Ramai orang boleh jadi pemaaf kalau yang meminta maaf itu kawannya, isterinya atau anaknya. Tapi kalau yang meminta maaf itu musuh atau seterunya, susah dia hendak maafkan.

Ramai orang boleh berbuat baik kepada kawannya, sanak-saudaranya, ibu dan ayahnya yang selalu berbuat baik padanya tetapi tidak sanggup berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat padanya.

Ramai orang boleh bertegur sapa dan bermesra dengan kawan-kawannya tetapi tidak boleh bertegur sapa dan bermesra dengan orang yang dibencinya. Begitulah seterusnya.

Sangat susah dan payah untuk kita beristiqamah dalam amalan hati. Justeru itu ia tidak dapat dijadikan pakaian atau ia tidak dapat mendarah mendaging. Itu sebab istiqamah itu, terutamanya istiqamah batiniah sangat dipandang besar. Ia dianggap satu keramat.

Ada hadis yang maksudnya lebih kurang ;
"janganlah kamu meminta jadi wali, tapi mintalah istiqamah"

Amalan yang tidak istiqamah tidak akan ada kesan apa-apa pada hati. Amalan yang istiqamah, walaupun sedikit akan tetap ada kesan pada hati.

Ibarat air yang menitik ke atas batu, lama kelamaan batu itu akan terlekuk jua. Tetapi air banjir yang besar yang melanda batu sekali sekala tidak akan memberi apa-apa kesan kepada batu.

Istiqamah adalah tanda ikhlas. Kalau sesuatu amalan itu tidak ikhlas, ia sukar untuk diistiqamahkan.

Seperti kata para hukama [ahli hikmah] ;
"Hidupnya [kekalnya] amal kerana ikhlas."

Dalam pada itu, istiqamah batiniah lebih memberi kesan kepada hati daripada istiqamah lahiriah. Itu sebabnya istiqamah batiniah lebih dituntut dan lebih utama. Ia adalah amalan hati dan kerana itu ia mempunyai kesan yang langsung dan terus kepada hati.

Hikmah.

Ia adalah syarat atau tuntutan kedua untuk mencapai hakikat. Hikmah di sini bukan bermaksud bijaksana. Kalau bijaksana, orang Arab akan sebut "Abqoriah". Hikmah di sini bukan bermaksud ilmu atau setakat faham ilmu sahaja. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu. Hikmah adalah rasa dan penghayatan. Ia adalah rasa yang Allah campakkan ke dalam hati.

Untuk mendapat ilmu, kita boleh belajar. Tetapi untuk mendapat hikmah, ilmu mesti diamal. Baru ilmu itu bukan setakat di akal tetapi jatuh ke hati. Ilmu hati ini sahaja yang boleh mengubah dan menginsafkan orang.

Kalau ilmu lahir itu dikendalikan oleh akal, hikmah pula ialah ilmu yang dikendalikan oleh roh atau hati.

Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis ;
Maksudnya ; "Kalau kamu amal ilmu yang kamu tahu, Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah] yang kamu tidak tahu."

Untuk menjadi ulama itu senang. Tetapi untuk menjadi ahli hikmah sangat susah. Ilmu adalah apa yang kita belajar tetapi hikmah adalah apa yang Tuhan ajar kita
seperti dalam firman Allah ;
Maksudnya ; "Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah]. Sesungguhnya Allah Mengetahui segala sesuatu." [Al Baqarah : Ayat 282]

Orang yang mendapat ilmu hikmah, dia mendekati nabi. Inilah dua perkara yang perlu dititik beratkan kalau sekiranya amalan hendak ditingkatkan dari peringkat tariqat kepada hakikat dan seterusnya kepada makrifat.

Ia memerlukan penglibatan hati dan rohani dalam ibadah dalam bentuk penjiwaan dan istiqamah terutamanya istiqamah batiniah di samping amalan lahiriah yang baik dan rapi.

Kalau hati dan rohani tidak turut sama beribadah, agak mustahil perkara ini boleh tercapai.

Untuk mendapat buah dari ibadah iaitu akhlak dan untuk mencapai maqam-maqam mahmudah, ibadah mesti ada roh, mesti ada rasa-rasa, mesti ada penjiwaan dan mesti ada penghayatan. Salahlah orang yang menafikan amalan hati dan amalan rohani dalam ibadah.

Kalau amalan lahir sahaja dititikberatkan maka ia mungkin memadai di peringkat syariat dan tariqat iaitu pada peringkat ilmu dan amal. Memang itu kerja lahir. Tetapi untuk mendapat hasil dari ilmu dan amal tersebut dan supaya ibadah boleh mendidik hati, amalan lahir semata-mata tidak memadai. Dalam ertikata yang lain, untuk mencapai maqam hakikat dalam ibadah dan amalan, itu bukan lagi kerja lahir. Itu adalah kerja hati.

Cerpen: Siapakah Aku Sebenarnya?

Monday, June 3, 2013
Tajuk          : Siapakah Aku Sebenarnya?
Penulis        : Ammar Yasier 



Bab 1

Ermm..seperti biasa. Aku akan sekolah dengan menunggang motosikal Honda Wave. Tu sahajalah motorsikal yang aku ada. Jadi setiap minggu aku akan cuci motorsikal aku dan kadangkala jika aku ada duit simpanan yang lebih aku akan servis motorsikal aku. Aku jaga motorsikal aku bagai "menatang minyak yang penuh". Pada pagi tu aku lewat ke sekolah. Setibanya aku di hadapan pintu pagar sekolah aku ditahan oleh dua orang pengawas sekolah. Seperti biasa tepat jam 7.30 pagi mereka akan menahan pelajar yang menaiki motorsikal. Pada waktu tu aku seorang ja yang datang lewat. Kunci motorsikal aku diambil dan diberikan kepada guru disiplin. 

" Wei pengawas! " - sergah aku kepada dua orang pengawas tadi.
" Ha! kenapa? " - balas salah seorang daripada pegawas itu.
" Bagi balik kunci motor aku. Aku sampai lewat ikit je pun. Lagipun ni kali pertama aku datang lewat! bukan selalu. " - ujar aku.
" Kami dah bagi kunci motor kau kat guru disiplin. Balik nanti kau jumpa guru disiplin. "- balas pengawas tadi sambil berlalu pergi.

Jadi motorsikal aku di letakkan di tempat "parkir" motorsikal untuk pelajar yang datang lewat kesekolah.
Aku cuba menahan kemarahan aku daripada menguasai diri aku. Aku meninggalkan motorsikal dan terus ke tapak perhimpunan. Kebetulan hari tu diadakan senam aerobik. Senam aerobik itu akan dijalankan setiap hari Isnin setiap minggu. " Ermmm.Nasib baik hari ni ada senaman.Bolehlah jugak hilangkan rasa marah nih. "-bisik hati aku. Setibanya aku di tapak perhimpunan, aku akan bersalaman dengan semua kawan aku. Al maklumlah.. aku kan student yang femes kat sekolah tu.Boleh dikatakan semua pelajar mengenali aku. 

Senam Aerobik pun bermula.Namun aku tengok rakan-rakan aku langsung tidak melakukan senaman tersebut. Mungkin malu agaknya. Aku lakukan senaman tersebut dan hiraukan mereka semua.Tapi aku ni tak suka dengan gerakan senam tersebut.Jadi aku pun bersenam dengan cara aku sendiri.Asalkan keluar peluh.Kadangkala aku berhenti bersenam dan aku akan ikut menyanyi lagu yang sedang dimainkan untuk senaman tersebut. Perasaan marah aku tadi tiba-tiba hilang. Selesai sahaja bersenam, semua pelajar akan masuk ke kelas masing-masing.

" Alamak! kerja sekolah "add math" aku belum siap lagi " -ujar kawan aku kepadaku.
" Relax..jangan risau cikgu bukan "check" pon..'-ujar aku selamba.

Tiba-tiba ketua kelas cakap dengan lantang mungkin untuk menarik perhatian rakannya yang sedang asyik berbual.

" Wei!! Dengar sini, cukgu tak dapat datang hari ni sebab cikgu ada temujanji dengan doktor"

Semua kawan-kawan aku seronok mungkin sebab ramai diantara mereka yang tidak siapkan lagi.

" Hurmm..kan aku dah kata. relax cukup. tengok? kan cikgu tak datang.hahaha " -perli aku kepada kawanku tadi.

Aku ambil kesempatan ni untuk siapkan kerja sekolah yang aku belum siapkan.Sedang aku bersemangat membuat kerja sekolah.Tiba-tiba.......... ( bersambung entri yang akan datang )








 

Her

Friday, March 15, 2013
Assalamualaikumm.. ^_^
Her? Sapa dia perempuan itu? Umur berapa? Tinggal dkt mna? Wallahhu'alam.
 Hanya Allah saja yang tahu siapa yang layak menjadi teman 
hidup kita sehingga akhir hayat. Setia Hujung Nyawa gitu..hahaOk baik. Mungkin ada orang 
sekarang ni yang sedang hanyut dibawa dek cinta.Ada yang setia menanti yang dicari.
Ada juga yang sedang kecewa dikhianati. Namun itu semua lumrah hidup tapi kadang kala membawa
seseorang itu kepada kemurkaan Allah disebabkan Lumrah  tersebut jika kita tak 
pandai nak urus lumrah itu.


 Alangkah seronoknya jika kita tahu siapa bakal isteri/suami kita kan?
Tapi tidak.Allah ada sebab kenapa Allah rahsiakan jodoh kita seperti mana Allah
merahsiakan kematian kita.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” An-Nur :26

Ayat kat atas terang lagi bersuluh Allah kata Perempuan yang baik 
untuk Lelaki yang baik.

 Sapa yang nak bakal isteri/suami kita yang jahat. Sapa mahukan isteri yang merupakan
seorang pelacur? Sapa yang nak bersuamikan lelaki perompak? Mesti ramai yang 
memberi jawapan TIDAK.

 Jadi Allah turunkan ayat ini kerana nak lihat sejauh mana
hambanya beribadat kepadanya..Adakah hambanya bersungguh-sungguh
menjadi hamba yg bertaqwa dan manusia yang disukai oleh 
manusia lain akan akhlaknya.

Jadi marilah kita sama2 berbuat kebaikan untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan memohon kepada Allah supaya
dijodohkan dengan insan yang baik dan diredhai oleh Allah.( macam text khutbah la plak hehe)

Andai kita boleh pilih kriteria2 calon isteri/suami.Ammar akan pilih
yang sederhana..Tahu batasan bergaul laki dengan perempuan.Hormat ibu bapa.
Dan yang pling penting dia lebih cintakan Allah dan Rasul lebih daripada bakal suaminya.
Eh..melalut jauh la pulak aku ni.haha. Apa2 pon persiapkan diri dulu.Belum sampai masanya lagi
nak pikir benda2 macam tu.Fokus belajar dulu okay. ^_^ Semoga "si dia" terlindung daripada
perkara2 yang boleh manjauhkan dirinya kepada Allah.

Ammar nak pergi dulu. Bye! ^_^




 





Hebatnya Al-Quran

Friday, March 1, 2013
Assalamualaikummmm..entri untuk kali ni Ammar nak kongsi dengan Akhi2 dan Ukhti2 sekalian.Ammar dapat petikan ini daripada satu blog sorang sis ni masa Ammar search kat google tadi. Jadi Ammar rasa ilmu ni sangat berguna untuk kita semua. InsyaAllah kita amalkan sama-sama.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
 
2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Bukan milik kita

Wednesday, February 27, 2013
Assalamualaikum! ^_^ . Ok. Entri kali ni Ammar nak tulis pasal "bukan milik kita". Bukan milik kita? apa maksudnya tu? Ok. Semalam, time Ammar tengah dengar lagu2 dekat Youtube tiba2 Ammar ternampak satu video ni.Tajuk dia "Mana Milik Kita-Rabbani".Ammar tertarik dengan tajuk lagu tu,bila Ammar dengar lagu tu ternyata banyak kesan/input yang Ammar dapat. Barulah Ammar sedar selama ni Ammar leka dan tak banyak lupa kita sebenarnya hanya pinjam segalanya daripada Allah S.W.T.

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
 
Cuba Akhi dan Ukhti tengok balik, benda apa yang kita miliki sekarang ni milik kita? Nothing! Kita tak payah la nak sombong kalau kita ada rupa yang cantik,ada akal yang bijak,ada harta yang banyak,badan yang sihat.Kita semua sebenarnya sombong dengan Pemilik apa yang kita miliki sekarang ini.Kita banyak buat benda2 yang lahga.Kita sembahyang pon "cepuih bangkit2"<-loghat Kedah. Bila Allah suruh kita tutup aurat sebahagian kita buat tak kisah ja.Dok dedah bagi orang bukan mahram tengok aurat kita.Allah bagi apa ja yang kita nak tapi kita langsung tak ingat kat Dia.Ammar nak ingatkan diri sendiri dan semua,Allah Maha Kuasa, bila2 masa ja Allah boleh tarik apa yang kita ada sekarang ni. Daripada cantik kepada paling hodon..daripada miskin kepada papa kedana.Mungkin kita ada masa lagi untuk bertaubat.Sebelum kita semua bertemu Maut, masih ada lagi ruang untuk kita bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.Wallahu'alam.
 
Dengar lagu yang Ammar dengar semalam. ^_^ KLIK LINK

 

Cinta Second Hand

Monday, February 25, 2013
Ok.Assalamualaikum,
Entri kali ni Ammar nak tulis pasal "Cinta Second Hand". Korang semua jangan pulak salah anggap bila tengok tajuk tu.Ingat kereta ka apa nak secondhand2 nih.Kalau kereta boleh lah secondhand.Cinta mana boleh jadi secondhand.Relax2..:) Sebelum tu Ammar nak cakap pasal perasaan "suka" dulu yer.Setiap manusia kat dunia ni mesti ada perasaan suka atau lebih jelasnya sebagai Cinta.Sapa yang tak dak perasaan ni sahih dia bukan manusia yang normal. :) Ammar nak kaitkan perasaan Cinta ni dengan remaja sekarang.Sudah jadi kebiasaan kepada remaja, bila sampai pada satu tahap,seseorang remaja akan mengalami proses "galak". paham kot noh. Hehe. Pada masa tu hati ni mulalah nak ber"Couple". Tambah-tambah pulak bila tengok kawan-kawan dia dah mula ada GF/BF.Lagi lah dia makin ber"nafsu" nak couple. Bila dah couple mulalah nak jalan berdua-duaan,nak sentuh2 pastu ada yang sampai tahap buat hubungan (......). Bila dah mengandung barulah nak insaf. Mulalah nak bergaduh si BF dengan si GF ni.Kononnya tak bertanggungjawab. Bila tak dak sapa nak tolong buang janin/bayi kat tong sampah,surau apa bagai.

Kepada sapa-sapa yang dok tengan bercouple or bercadang untuk bercouple tu simpan dulu kot "nawaitu" tu kot.Bukan apa, yang dok bercouple tu dah memang jamin ka pasangan korang tu adalah jodoh kamu? Cuba korang pikr balik, apa perasaan korang bila Isteri/Suami korang nanti dok teringat kat laki/perempuan lain? Mesti rasa cemburu,sakit hati dan rasa macam-macam lagi kan?

Tak best la cinta Isteri/Suami kita nanti dah ada orang "rasa" dulu sebelum kita.Macam mana nak jamin yang Isteri/Suami kita nanti setia dengan korang sedangkan dulu dia dah bercinta dengan berpuluh2 laki/perempuan. Mana best kalau kita dapat cinta yang second hand kn? so pikir-ikirkanlah yerr..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kata-kata terakhir sebelum Ammar nak belahhh.."Pikatlah bakal isteri kamu dengan CARA YANG MULIA,BUKAN CARA YANG HINA" dan " Wahai perempuan, hargailah aurat dan suara kamu yang cukup MAHAL berbanding gunung yang bertakhtahkan berlian"


Cukup dulu sampai kat sini unuk entri hari ni, Ammar pon dah penat . Assalamualaikum. ^_^

Muhammad 'Athif Darwisy

Friday, February 22, 2013
Hai! Assalamualaikum ^_^

Kelmarin Abg aku dengan Kak Ipar aku dapat baby boy sulung mereka! Yeayy! Kak Ipar aku lahirkan baby boy mereka pada jam 5.15pg bersamaan 21 Feb 2013 di Hospital Sultan Abdul Halim,Sg.Petani. Alhamdulillah sebab semuanya selamat. ^_^ Dengan ini rasmilah aku mendapat gelaran Pak Su! huh.. terasa tua la pulak. haha. Ni aku upload gambar untuk tatapan semua.
Selamat Datang Muhammad 'Athif Darwisy!


















'Athif bersama ayahnyaaa....













Berhijrah ke dunia sebenar disamping ibunya..

Pages

Powered by Blogger.
 

Browse

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...